Thursday 18 August 2011

SUPAYA SUAMI SETIA

Di bawah nie antara tips yang aku jumpa kat blog orang lain yang aku cut n paste je kat sini:
Amalan 1
 sambil godak air tu, baca selawat, sebut nama suami, kemudian doa
apa yg kta harap dari suami eg. supaya suami igt anak bini kat rumah,
setia,
jujur, lembut hati, boleh menerima pendpt isteri dsbnya.kemudian tiup kat
air tu. selalu saya buat blkg suami. nanti dia tahu saya 'jampi' dia.
selain
tu masa basuh beras pun saya buat gitu. sebut nama suami & anak sekali.
masa
tidur nak buat jugak, tapi takut hubby terjaga. naya kang dia tanya apa
bini
dia buat. tapi kat anak2 mmg saya amalkan.

Amalan 2:
Amalkan doa ini agar anda sentiasa dikasihi dan disayangi suami.. Amalkan setiap hari selepas menunaikan solat fardhu 5 waktu.


 Surah Ali Imran 3 : Ayat 31

Terjemahan/Maksud:
Katakanlah ya Muhammad! "Jika kamu mengasihi Allah, maka hendaklah kamu mengikuti aku, nescaya Allah mengasihi kamu dan mengampuni dosa kamu. Dan Allah Maha Pengampun lagi Penyayang."


Bagaimana mahu menasihati anak, isteri atau suami agar tidak degil.
Bagaimana?
1. Semasa anak atau isteri kita sedang tidur inilah waktu yang paling
sesuai terutamanya diwaktu dua pertiga malam, kerana fikiran bawah
sedarnya(sub conscius mind) adalah paling optimum ketika ini. Yang tidur
hanyalah conscius mind(minda sedar).
2. Sentuhkan ibu jari anda ke langit-langit dan kemudian sentuhlah
dengan halus ibu jari anda ke ubun ubun orang yang ingin anda nasihati.
3. Semasa ibu jari diatas ubun-ubun selawatlah keatas junjungan Nabi
Muhamad dan bacalah surah al fatihah. Kemudian terus dengan berzikir
didalam hati dan jangan putuskan zikir anda.
4. Angkat ibu jari anda, kalau boleh janganlah diputuskan zikir
didalam hati dan bercakaplah dengan suara yang agak perlahan agar tidak
sampai mengejutkanya. Beritahulah apa yang ingin anda beritahunya.
Kebiasaannya saya akan menasihati isteri saya agar tidak selalu melewatkan
solat, banyakkan berselawat, banyak bersabar. Nasihatilah orang yang anda
sayangi dengan
apa sahaja nasihat yang anda inginkan. Jangan putuskan zikir anda, supaya
zikir itu masuk bersama dengan nasihat anda
5. Anda akan dapat melihat reaksi yang dia sedang menerima pernyataan
anda iaitu kelopak matanya bergerak-gerak. Insyallah saya doakan diri saya
dan anda berjaya dengan kaedah ini.
Pernah dizaman Imam Abu Hanifah (Hanafi An Nu'man),seseorang pernah
bertanya kepada bapa Imam Abu Hanifah."Tuan, bagaimanakah tuan mendidik
Hanafi sehingga begini istimewa jadinya. Jawab bapa Imam Abu Hanifah"Aku
didik Hanafi 40 tahun sebelum dia dilahirkan".Kalau didengar pernyataan
ini tentu aneh bagi kita bukan. Bagaimana mungkin manusia yang belum
dilahirkan sudah dididik. Namun apa yang ingin disampaikan oleh Tsabit
(bapa Imam Abu Hanifah) ialah dia sendiri telah diasuh, manakala isterinya
juga sudah dididik dan Hanafi sendiri sudah dididik sejak dari kandungan
lagi. Saya beri anda satu logik akal, acuan yang bulat mana mungkin
menghasilkan kuih segiempat. Begitu juga dengan anak dan isteri kita.
Mereka adalah cermin kepada diri kita sendiri.
Bacakan kisah ini kepada janin yang sedang membesar dalam perut isteri.
Sentiasa berdoa agar dia terus membesar dan dilindungi Allah sebagaimana
Allah memelihara Imam Abu Hanifah. Nasihatkan dia dengan nasihat yang
disuarakan oleh Luqman Al Hakim kepada anaknya. Bacakan kisah para rasul,
para nabi, wali songo, tujuh wali melayu kepadanya.

No comments: