Thursday 28 April 2011

Rumah aku kena masuk pencuri 26 April 2011

Baru sebulan aku dok umah baru dah ditimpa musibah.. Rumah aku dipecah masuk pencuri. Kronologi kejadian begini..

Seperti biasa pukul 7 pagi aku meninggalkan rumah untuk ke tempat kerja.. Begitu juga dengan jiran kiri dan kanan aku yang sudah keluar rumah seawal jam 6:30 pagi.. Kebiasaannya aku yang akan pulang dulu ke rumah sekitar jam 6 ptg.. Namun hari selasa tu aku dan jiran sebelah rumah sama2 tiba dalam pukul 7pm.. lewat sikit cos hujan... aku seperti biasa buka gate n masukkan kereta...

Aku keluar kereta.. jiran aku Azah cakap pintu grill and sliding rumah dia terbuka.. aku pun terus tgk pintu sliding aku.. MasyaAllah pintu aku pun terbuka and lampu dalam rumag terpasang.. tengok pulak rumah jiran sebelah kanan.. Pintu main entrance dia terbula luas... Hati Allah sahaja lah tahu.. aku jadi takut... nak masuk rumah takut cos aku dah bayangkan macam2 ada orang berparang ke dalam rumah aku tu...

Lepas tu suami Azah pergi ke balai polis untuk buat report so aku dan Azah tunggu kat luar rumah and Azah call Nurul bagitau rumah dia pun kena pecah... X lama lepas tu suami Azah balik bagitau polis suruh periksa apa yang hilang dulu pastu baru buat report... Aku call Ana kat Zanti bagitau umah aku kena pecah.. Dia dan suami serta Aidil pun datang .. lepas tu ramai lagi yang datang.. jiran2 lain pun datang tengok... Aku pun ditemani seorang jiran aku pun masuk rumah tengok apa yang hilang.. hmmm.. masuk ruang tamu je lesap dah TV Plasma 42 inci aku.. alahai.. sib baik la aku beli masa sen heng punye promotion.....tengok stor pun pencuri tu masuk..

Naik tingkat atas... adusss.. sakit mata abis tunggang terbalik master bedroom aku... hmm... geramnye.. bukannya aku ada barang kemas or duit pun.. bukannya aku orang kaya... geramnye... Pastu tengok kat langsir sliding door tu ada kesan darah.. heheh kalau citer CSI dah boleh tangkap dah nie.. tapi mana le Malaysia ada bank dna semua orang kan kan.. ehhehee... dah la aku memang bengang ngan langsir aku tu.. balance pun aku saje je lambat bayar kat orng yang buat langsir tu cos kualiti dia not as what i expected...tambah lak dah ada darah nie.. rasa nak buang je..

Lepas tu,... aku pun mengikut la Shahrul dan laki Azah ke Balai Polis.. terpaksa bawa Hannah sekali.. maklum la aku nie single mother but not available kan.. sedih gak perasaan di waktu nie... semua terpaksa uruskan sendiri... Hannah dah berak masa tu tapi biasa la kan buat polis report kan lama.. Dalam pukul 10 lebih baru la kami selesai buat report... balik ek rumah dan polis pun periksa la setiap rumah..

Jumpa la jugak cap jari dalam bilik aku tu.. tapi wallahualam la dapat tangkap ke tak pencuri tu...Walaupun anggaran kerugian aku dalam 2k gak cos aku notice anting2 emas aku pun hilang but aku bersyukur cos kejadian tu berlaku masa aku n Hannah tiada di rumah.... Harta boleh dicari... Nyawa tiada ganti.. Cuma lepas nie aku perlu tingkatkan keselematan rumah..

Aku terpk gak nak pasang alarm system tapi tu lah yang canggih mahal.. hmmm... kan bagus kalau ada guard kat simpang masuk umah nie.... Aku hope semua akan ok..dan moga Allah melindungi aku dan anak aku.. Aminn

Monday 25 April 2011

UPACARA BERJIJAK TANAH HANNAH KARMILA

Mesti bagi yang bukan berketurunan Rawa tak tau apa benda adat nie.. Since sebelah ayah aku Rawa + Perak dan Mak aku pun Rawa.. So adat nie masih kami teruskan.. Aku pun x pasti akan sampai ke generasi yang ke berapa... Adat nie memang ada bagi yang masih kuat memegang adat .. Kitorang nak kata kan kuat tu idak la sangat. Nanti kalau percaya sangat jadi khurafat lak kan.. So just buat ala kadar je untuk lepaskan syarat.. Kalau zaman aku dan adik beradik aku dulu memang buat beria.. kena buat kat luar rumah.. and ramai orang datang tengok....kena pakai baju melayu bagi lelaki dan baju kurung bagi perempuan.. Semua kaler kuning... So antara bahan-bahan untuk adat berjijak nie
1. bunga-bungaan 7 warna
2. tanah liat 3 warna
3. 3 biji limau
4. kunyit hidup
5. bertih boreh (beras)
6. gong
7. Bunga gelenggang (kalau x de bunga daun pun ok)
8. pulut kuning dan ayam masak rendang (kena bagi bekal bawak balik pada pakcik yang jalankan upacara nie)

Aku dan family cuba buat sesimple yang boleh.. So 24 April ari tu dalam pukul 10 pagi berlangsunglah acara untuk berjijak Hannah. Lagi pun syaratnye kena umur lebih 13 bulan dan anak dah pandai jalan.. Selagi x buat upacara nie Hannah x boleh bermain sesuka hati kat tanah or menjejakkan kaki ke tanah tanpa kasut. Ini le gambo-gambo masa upacara tu

 Hannah sudah siap pakai dress (aku modenkan sikit x yah pakai baju kurung)
 bahan-bahan untuk upacara (thank tu paksu syukri yang sediakan bahan2)
 gong kecil yang dipinjam dari Cik Amah Kasim (terima kasih ye)
 Pakcik bomoh dah sampai.. baca doa dan makan dulu sebelum upacara
 hannah mula2 je happy.. baru bangun tido
 Pakcik tengah membaca doa pada tanah liat
 menaburkan bunga pada kain kuning yang terhampar
Hannah x mau dipegang oleh Pakcik bomoh.. meronta2 hehehe
 
 Susah betul nak bacakan doa diubun kepala Hannah nie... terpaksa la Pak Ayoi dia pegangkan

 Upacara jijak dijalankan perlu berjijak di atas bunga sebanyak 7 kali
 Alahai anak mummy nie... macam kena cubit lak nangis nye
 Akhir sekali dijejakkan kakinya ke atas tanah liat yang disediakan
 mummy kusyuk dengar penerangan.. kena mandi limaukan Hannah lepas solat Asar
 kaki Hannah setelah dijijakkan
 Makan bunga lak dia.. dah ok dah x nangis
 kesan tapak kai.. kalu simen leh framekan hehehe
 Hannah mandi limau.. bestnye.. fresh je rasakan...

Berakhir lah dah upacara berjijak tanah nie.. After 3 hari baru lah Hannah boleh dilepaskan sepenuhnya ke tanah tanpa was was... Adalah dipercayai jika adat ini x dijalankan dan anak dibiarkan bermain atau terkena tanah akan memudaratkan anak berkenaan.. wallahualam... Bagi aku adat ini unik dan perlu diwarisi.... x mengapa dijalankan asalkan x menyimpang akidah....