Thursday, 14 July 2011

Rindunye mummy dengan Hannah

Hari nie dah 5 hari Hannah kat kampung since opahnye amik bawak balik bidor hari ahad tu...terpaksa.. cos mummy nye sibuk nak training futsal... Memang le kalau ikutkan tak sanggup nak berjauhan dengan Hannah.. Tapi mummy nak gak lepas gian main since dah setahun lebih x aktif sukan.. ok kan Hannah.. Hannah mesti faham mummy Hannah nie kan.. tapi tu la rindu bangat kat Hannah.. rindu ngan tawanye, tangis nye.. mengamuk nye.. kalau bangun pagi2 kul 6:30 mesti tetibanye ada je Hannah ketuk pintu bilik air.. nie sunyi je.. pastu kalau mummy bukak pintu depan Hannah mesti sibuk x sabar2 nak kuar.. nie mummy sorang2 je g keje.. kalau dalam kete mesti ada orang kat sebelah senyum kat mummy.. nie sunyi je g keje...ahad nie mummy amik hannah yek...

Besok dah kena g UPM sampai ari ahad...
Hannah x de sape nak kacau mummy siram pokok
i miss muka nakal anak mummy


sape nak selongkar beg mummy
i miss ur smile

Wednesday, 6 July 2011

Hannah dan Sukan

lama dah nak update pasal hannah nye sukan nie tapi malas bebenor nak nulis.. Nie before balik umah update sikit la.. Actually sukannye on the 25 Jun ari tu .. apa Hannah baru setahun lebih dah kena sukan??? Mesti lah kena ajor dia bergaul n aktif cam mummy dia sejak kecik lagi le kan.. Actually sukaneka je pun..

As a mummy and daddy kita kena la expose kan anak kita ngan aktiviti cam nie kan.. nak tengok dia ok ke tak ke.. Hannah masuk 2 acara. Acara pertama namanye Doraemon.. acara nie daddy pakai kain batik mummpy pastu pakai topeng ala ala doraemon.. then anak kena g kat daddy masing2.. hmm.. Hannah tengok ramai yang pakai topeng dah nangis dah .. takde mau nye.. tapi bukan hannah sorang je tau semua anak2 nangis.. last2 mak2 yang berlari bawak anak g ke daddy.. semua x ikut rule.. mummy hannah nie nak ikut rule le kan.. so tolak je le hannah sikit2 je ke arah daddy nye.. so kalah le.. dapat saguhati je...

Second game lak.. hannah kena lari amik duit tipu masukkan dalam bakul yang daddy pegang.. hmm sekali lagi dia nangis x mau .. so mummy amik tangan hannah .. tolong kutip duit tu.. semua ibu2 wat camtu.. so konklusinye mummy2 yang main hahahahhaha... x pe la kan at least kita nak expose kan dia.. hopefully jangan Hannah anti social lak.. ishh kena banyakkan aktiviti dia bergaul ngan orang nie hehehe

Monday, 4 July 2011

Sibuk training sukan

Minggu nie kul samapi je opis hantar Hannah terus g training from 8:00 am to 10:00 am.. Hehhehe.. dah tua2 pun nak aktif lagik yek.. ini le peluang nak fitness.. kalau idak mesti malasnye.. so since wakil futsal tuk sukan kementerian nanti so belasah je beb hehehee.....yang benciknye ari nie ada test nak tengok kitanye fitness umur bape.. sib baik le akunye dapat 80 markah so .. range age 30-35 .. so tu memang range umur aku le kan.. tak dapek nak lagi muda hehehehehehe....tengok le gambo aku melompat buruk beno
nie ada gambo tengah training.. nampak benor gomukss nye aku ahahhahaa..

Wednesday, 22 June 2011

APA?? X DE AIR SAMPAI JUMAAT NIE

Patut le aku bangun pagi tadi kul 6:30 kat sinki takde kuar air.. Rupanya seluruh kawasan hulu selangor, Gombak and petaling x de air sampai le kul 8:00 pagi jumaat nie.. Apasal la x bgtau awal2 boleh le aku tadah air.. nie cukup ke air tangki tuk aku n Hannah sampai jumaat nie.. ish ishh....dah le ngan bejotnye... alamat sabtu le baru aku basuh baju.. So tadi aku dah beli 6 botol air mineral 1.5 l tu so nak minum ke nak masak air ke guna le air tu... kalau dah susah sangat aku EL balik kampung le boleh hehehe

Nie aku baca dari Cari..


Keterangan : Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) ingin memaklumkan terdapat beberapa kawasan di Wilayah Kuala Lumpur, Petaling, Gombak dan Hulu Selangor akan mengalami gangguan bekalan air sementara akibat kerja-kerja penyenggaraan Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1) oleh Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (SPLASH) serta kerja-kerja menaiktaraf sistem bekalan air oleh kontraktor SYABAS.

Berikut merupakan tarikh pelaksanaan kerja yang akan dijalankan mengikut jadual:

1. TARIKH/MASA GANGGUAN
8.00 pagi, 22 Jun 2011 (Rabu) hingga 8.00 pagi, 24 Jun 2011 (Jumaat)
SEBAB-SEBAB GANGGUAN
Hentitugas Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1) bagi Kerja-kerja Penggantian Injap ’Sluice Valve’ DN 1350 Pam No. 8 di Rumah Pam Air Bersih dan Pencucian Kolam Imbangan ’Compartment B’.

Lokasi : Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1)

Kawasan Terlibat :
KAWASAN-KAWASAN TERLIBAT
Wilayah Kuala Lumpur
Keseluruhan kawasan Bukit Kiara; Kelab Diraja Selangor; Bukit Kiara Resort; Pusat Sukan Bukit Kiara; Pusat Sains Negara; Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN); Suruhanjaya Sekuriti; Bahagian Teknologi Pendidikan; Pusat Konvensyen Sime Darby; Jalan Segambir; Jalan Belimbing; Jalan Setiabistari; Jalan Setiamurni 1 hingga 12; Jalan Setiabudi; Jalan Setiarasa; jalan Setiaraya; Jalan Setiajaya; Jalan Medan Setia; Jalan Setiabakti; Jalan Setiakasih; Plaza Damansara; Taman Seri Beringin.

Wilayah Hulu Selangor
Kampung Serai, Kuang; Kampung Kuang, Kuang; Kampung Cempedak, Kuang; Kampung Gombak, Kuang; Kampung Baru, Kundang; Kampung Melayu Sri, Kundang; Kampung Permata, Kundang; Taman Desa, Kundang; Bandar Baru Kundang, Kundang; Kundang Jaya, Kundang; Taman Rahmat Jaya, Kundang; Kawasan Industri Kundang; seluruh Bandar Tasik Puteri.

Wilayah Gombak
Bandar Sri Damansara; Kepong Industrial Park; Kawasan Industri Tago; Sunway SPK; Wangsa Permai; Desa Park City; Taman Bukit Maluri; Manjalara Kepong; Desa Aman Puri; Medan Putra.


Wilayah Petaling
Taman Bukit Mayang Mas, PJU 1; Kampung Cempaka, PJU1; Dataran Prima; PJU 1; Taman Aman Sari, PJU 1; Taman Bukit Emas, PJU 1; Taman Megah Mas, PJU 1; Ara Damansara; Taman Sunway Mas; Eastin Hotel; Phileo Damansara; Universiti Malaya; Pusat Perubatan Universiti Malaya; Seksyen 17, Seksyen 17A, Seksyen 19 – 22; SS1 hingga SS9 Kelana Jaya; SS 20 hingga SS 26 Damansara; Subang Airport (MAS Kargo, MAS Catering, APAC); keseluruhan Kota Damansara; Kampung Baru Sungai Buloh; Mah Sing; Pinggiran Subang; Subang Bestari; Kampung Sungai Kayu Ara (Jalan Kekwa dan Jalan Dahlia), Damansara; Damansara Idaman (PJU 1A), Damansara; Damansara Lagenda (PJU 1A), Damansara; Damansara Indah (PJU 3), Damansara; Tropicana Golf & Country Resort (PJU 3), Damansara; Tropicana Indah (PJU 3), Damansara; Pelangi Damansara, Damansara; keseluruhan kawasan Bandar Utama (PJU 6), Petaling Jaya; keseluruhan Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh; keseluruhan Perindustrian Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh; Taman Seri Putra, Sungai Buloh; Taman Impian Indah, Sungai Buloh; Taman Matang Jaya, Sungai Buloh; Saujana Akasia, Sungai Buloh; Kampung Matang Pagar, Sungai Buloh; Seksyen 11, 12, 13, 14 dan 16; Seksyen 51A; Kampung Sungai Penchala/ Bukit Lanjan; keseluruhan TTDI; Mutiara Damansara (PJU 7); Damansara Perdana (PJU 8); Flora Damansara (PJU 8).

Maklumat Tambahan :
Para pengguna dinasihatkan agar menyimpan bekalan air secukupnya serta menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan tersebut. Pihak SYABAS berharap pengguna yang terlibat dengan gangguan sementara akan bersabar dan sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan lanjut; sila hubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (PUSPEL) menerusi talian bebas tol 1-800-88-5252 atau SMS; dengan menaip PUSPEL[jarak][aduan/pertanyaan], dan hantar ke 39222. Informasi ini juga boleh diperolehi dari laman web SYABAS di www.syabas.com.my; www.twitter.com/puspel dan ’facebook’ dengan menaip ‘puspel’ atau ‘puspel syabas’.

Sunday, 19 June 2011

Father's Day

Semalam 19 jun "Hari Bapa".. Teringat lak kat ayah... ingat nak ziarah kubur dia semalam tapi x g gak.. memang berat aku nak g kubur.. Yan doa dari kejauhan je ye ayah.. bukan apa bila melangkah je ke kubur and dok tepi kubur ayah sebak semacam.. sampai rasa sesak dada... hmm.. sedih sangat2 bila ayah tak ada.. Yan dah ada anak... kalau ayah ada mesti dapat manjakan Hannah.. ayah mesti suka tegk cucu2 dah banyakkan ayah.. apa-apa pun Yan doakan moga ayah ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan moga kita bertemu di syurga firdausi.. Amin..

Buat suami, " Happy Father's Day" daddy Hannah.. U x balik weekend tu kalau x boleh la belanja... Hannah pun rindu kat daddy nye.. tapi i bawak balik kampung dapat gak dia bermanja dengan Pak Ayoi and Pak Cu nye buat pengubat rindu.. Kami nak drive ke sana pun i x confident lagi dengan perangai Hannah yang tantrum x menentu nye.. Apa-apa pun i hope and sentiasa doakan u menjadi Daddy yang terbaik buat Hannah and anak2 kita nanti... Sentiasa ingat tanggungjawab as a daddy.. Hannah n mummy love u so much

(laki aku baca ke blog aku nie.. rasa cam x baca je.. tapi kalau baca bagus le..)

Tuesday, 14 June 2011

Hannah yang tantrum : Aduh mummy kena gigit

Semalam memang experience paling menduga kesabaran aku... After opis aku ngan K.Pah pergi ke Stadium Tenis Jalan Duta. Kitorang dapat hadiah utk acara bergu wanita dan perseorangan... Although kitorang kalah but since yang masuk MAKSWIP Tenis Wanita nie cuba 3 agensi je which is DBKL, MSN & FRIM.. so kitorang dapat gak le hadiah ehehhe... At first memang malas nak g tapi g jugak le...

So aku amik Hannah kat nursery and terus pegi Jalan Duta.. Hannahx berpa nak sihat minggu nie.. dia ada batuk n selsema.. aku dah bawak g klinik dah.. x la teruk pun selsema and batuk biasa2 je.. tapi dia memang x nak makan kat nursery...tu yang pelik tu.. kat rumah aku buat sup ayam makan dengan pasta.. banyak dia makan.. agaknye dia nak makan style mat salleh kot.. tak layan nasik2 nie.. hmmm.. susah gak tu dah tau pilih makan...

Lepas amik hadiah tu kitorang pun bergegas le balik .. aku kena anto K.Pah ke Taman Ehsan so kena la memalui Jalan kuching yang dah start jam masa tu.. Hannah mula la buat perangai.. nak melompat kat aku yang tgh drive.. K.Pah try pujuk pun x berapa nak jalan.. tapi boleh la lagi aku drive..Samapi dekat Taman Metropolitan jalan jem lagi and Hannah dah start mengamuk nak kat aku.. Pastu aku stop le kat tepi jalan tu amik dia.. pun dia still mengamuk x boleh nak pujuk.. siap gigit tangan aku.. dah la gigi dia dah banyak... mak aii sakitnya...Rasa hilang sabar dah tapi kena gak sabar kalau kat umah boleh le aku lepaskan je biar dia berenti sendiri... Aku bawak keluar kereta tgk layang2 dia diam la sekejap.. apstu menangis lagi.. kena gigit kat bahu lak.. sakit yang amat..lama gak la aku dok tersadai tepi jalan tu.. abih x dapat tengok Nora Elena.. jam dah kul 7:10 pm masa tu...

nak tak nak aku paksa gak dia dok kat car seat n K.Pah bagi hp dia bukak lagu baru la dia diam...So aku pun hantar K.Pah balik..and singgah kedai beli roti tuk dia kot2 la seba dia lapar ke... Dia x makan pun... last2 dia layan dia sendiri n drive balik.. sampai umah dah kul 8:20.. hmm.. sabar je la kan...aku terus mandikan dia... panaskan sup ayam and bagi makan.. beria gak dia makan... ok je lak mood dia... lepas makan aku layan Glee.. n dia pun tidur..

Sabar je la kan dapat anak yang tantrum nie... musykil gak aku apa yang x kena nye.. hmmm... manja sangat ke...

Sunday, 12 June 2011

Update Gambar Konvo Sebulan yang lalu

Dah sebulan aku konvo tapi baru nak update.. Bukan apa aku sebak sikit pasal konvo nie... Ye la masa aku start wat Master nie masa tu arwah ayah ada... aku start jan 2008 .. masa tu ayah yang sponsor tuk aku sambung.. Dia suka sangat bila aku cakap nak sambung... dalam 2 semester dia sponsor aku pastu baru aku mintak sponsorship dari company.. tapi tula.. ayah x tunggu pun aku habis. sama macam ayah x tunggu pun nak nikahkan aku .. padahal masa nak nikah tu 2 minggu je la.. tapi ayah pergi jugak sahut panggilan Ilahi.. sedih sangat tau..

Masa kat Dewan Tuanku Canselor tu airmata aku bergenang je... aku tahan x mau nangis.. tapi masa dok tunggu giliran tu aku nangis... Bila jumpa mak n hubby aku buat-buat macho... Mak kata bila je dengar nama aku diumumkan mak terus nangis.. cos rasa sayu sangat dengan nama ayah Tan Shilan tu... kenapa la ayah x de kan mak... kalau tak ayah la orang yang paling gembira dan nak peluk cium.. Yan pernah tanya banyak ke hutang Yan kat ayah... Ayah kata " Ish... kalau nak kira x terbayar nye" .. memang pun ayah x pernah nak berkira.. kete aku dia tercalarkan sikit pun dia g hantar ketuk n catkan satu kete sekali.. Mintak je le apa nak tak pernah pun dia mintak bayar balik... Aku je x sempat nak sponsor g jalan2 ke ...uwaaaaaaaaaa.. sedih sangat tu yang rasa sangat susah nak update nie...let's the picture do the talking la yek... Masa konvo tu Hannah x ikut cos sesi pagi nanti lama sangat dia nak tunggu luar n panas.. So just mak n hubby je yang adir masa tu.. Adik beradik yang lain pun x de.. x pe la.. dulu masa degree semua ada kan.. lagi pun bila semua dah kerja dan bekeluarga semua sibuk....

Lupa lak konvo aku kat Dewan Tuanku Canselor Uitm, Shah Alam.. kira first batch yang rasmi dewan nie le yek.....  kira kitorang yang first berkonvo kat sini and Yang Dipertuan Agong rasmikan on the same day 12 May 2011....
 Aku grad MSc which is Master of Science in Information Technology... Yeay aku dah ada Master akhirnya.. Aku pernah down x nak teruskan writing masa tu cos terberanak and rasa dah malas.. tapi sib baik Prof Kalsum bagi semangat.. akhir nya hujung 2010 aku abis gak.. just on time.....


 With beloved hubby in the bus nak ke Dewan Tuanku Canselor.. biasala Uitm memang kena naik bas pun ehhe
 My dua orang kawan yang sama2 berjuang.. akhirnya kitorang abis gak... yang tgh tu dalam pantang baru 2 minggu bersalin tapi gagah jugak datang dari Sarawak

 Aku kat dalam dewan boleh lagi amik gambar diri sendiri.. shhhh.. org x nampak x pe
 Aku dok tepi sekali heheheheh
Kami setelah selesai istiadat.. Yeay dapat tengok muka Yang Di Pertuan Agong dekat2... Menjunjung Kasih Tuanku... best nye Agong yang kasik hehehe 

With the most important and special person in my life.. my beloved and sweet Mum.. Tima kasih banyak2 mak kerana melahirkan Yan ke dunia ini..dan thanks for the support and nasihat dalam hidup ini

With mum and hubby.. sedih Hannah x de masa nie

Amik gambo kat kereta Yang DiPertuan Agong ngan Niza

My beloved Hubby.. Thanks for the support and your patience being with me.. u memang x romantik.. i nak a bouquet of flower u kasik bunga artificial ..sob.. sob.. sib baik mak bagi i tau.. kalau x merajuk le i

Uitm di Hati Ku

From hubby

From Mum... so sweet mak
Studio photoshoot... gaya manja kunun hehe
Yeay.. saya dah ada Master.. PhD??? hmmm.. maybe not.. suh Mr. hubby la

My Family.. Hannah masa mummy peknan mummy tgh sibuk study masa tu.. Moga nanti Hannah jadi anak yang pandai and lebih berjaya dari mummy & daddy k.. Life is a challenge dear..


That nite.. Nisa brought a cake to celebrate.. Thanks Nisa

 A simple dinner with my beloved family

Because of u my dear Hannah.. i've be a strong person and finally mummy graduate dear.. yehaaa

For me, selagi terdaya and mampu do whatever u want to do in this life.. Belajar la sehingga boleh.. Walaupun x semesti nya hidup kita menjaya kaya raya dengan belajar tinggi tapi kita kaya dengan ilmu pengetahuan. Itu yang pentingkan... Kaya atau tidak seseorang itu bergantung kepada how he or she grab a chance in this life and how u market urself... Life is what u choose of it. and it all about choices