Wednesday 22 June 2011

APA?? X DE AIR SAMPAI JUMAAT NIE

Patut le aku bangun pagi tadi kul 6:30 kat sinki takde kuar air.. Rupanya seluruh kawasan hulu selangor, Gombak and petaling x de air sampai le kul 8:00 pagi jumaat nie.. Apasal la x bgtau awal2 boleh le aku tadah air.. nie cukup ke air tangki tuk aku n Hannah sampai jumaat nie.. ish ishh....dah le ngan bejotnye... alamat sabtu le baru aku basuh baju.. So tadi aku dah beli 6 botol air mineral 1.5 l tu so nak minum ke nak masak air ke guna le air tu... kalau dah susah sangat aku EL balik kampung le boleh hehehe

Nie aku baca dari Cari..


Keterangan : Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) ingin memaklumkan terdapat beberapa kawasan di Wilayah Kuala Lumpur, Petaling, Gombak dan Hulu Selangor akan mengalami gangguan bekalan air sementara akibat kerja-kerja penyenggaraan Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1) oleh Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (SPLASH) serta kerja-kerja menaiktaraf sistem bekalan air oleh kontraktor SYABAS.

Berikut merupakan tarikh pelaksanaan kerja yang akan dijalankan mengikut jadual:

1. TARIKH/MASA GANGGUAN
8.00 pagi, 22 Jun 2011 (Rabu) hingga 8.00 pagi, 24 Jun 2011 (Jumaat)
SEBAB-SEBAB GANGGUAN
Hentitugas Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1) bagi Kerja-kerja Penggantian Injap ’Sluice Valve’ DN 1350 Pam No. 8 di Rumah Pam Air Bersih dan Pencucian Kolam Imbangan ’Compartment B’.

Lokasi : Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1)

Kawasan Terlibat :
KAWASAN-KAWASAN TERLIBAT
Wilayah Kuala Lumpur
Keseluruhan kawasan Bukit Kiara; Kelab Diraja Selangor; Bukit Kiara Resort; Pusat Sukan Bukit Kiara; Pusat Sains Negara; Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN); Suruhanjaya Sekuriti; Bahagian Teknologi Pendidikan; Pusat Konvensyen Sime Darby; Jalan Segambir; Jalan Belimbing; Jalan Setiabistari; Jalan Setiamurni 1 hingga 12; Jalan Setiabudi; Jalan Setiarasa; jalan Setiaraya; Jalan Setiajaya; Jalan Medan Setia; Jalan Setiabakti; Jalan Setiakasih; Plaza Damansara; Taman Seri Beringin.

Wilayah Hulu Selangor
Kampung Serai, Kuang; Kampung Kuang, Kuang; Kampung Cempedak, Kuang; Kampung Gombak, Kuang; Kampung Baru, Kundang; Kampung Melayu Sri, Kundang; Kampung Permata, Kundang; Taman Desa, Kundang; Bandar Baru Kundang, Kundang; Kundang Jaya, Kundang; Taman Rahmat Jaya, Kundang; Kawasan Industri Kundang; seluruh Bandar Tasik Puteri.

Wilayah Gombak
Bandar Sri Damansara; Kepong Industrial Park; Kawasan Industri Tago; Sunway SPK; Wangsa Permai; Desa Park City; Taman Bukit Maluri; Manjalara Kepong; Desa Aman Puri; Medan Putra.


Wilayah Petaling
Taman Bukit Mayang Mas, PJU 1; Kampung Cempaka, PJU1; Dataran Prima; PJU 1; Taman Aman Sari, PJU 1; Taman Bukit Emas, PJU 1; Taman Megah Mas, PJU 1; Ara Damansara; Taman Sunway Mas; Eastin Hotel; Phileo Damansara; Universiti Malaya; Pusat Perubatan Universiti Malaya; Seksyen 17, Seksyen 17A, Seksyen 19 – 22; SS1 hingga SS9 Kelana Jaya; SS 20 hingga SS 26 Damansara; Subang Airport (MAS Kargo, MAS Catering, APAC); keseluruhan Kota Damansara; Kampung Baru Sungai Buloh; Mah Sing; Pinggiran Subang; Subang Bestari; Kampung Sungai Kayu Ara (Jalan Kekwa dan Jalan Dahlia), Damansara; Damansara Idaman (PJU 1A), Damansara; Damansara Lagenda (PJU 1A), Damansara; Damansara Indah (PJU 3), Damansara; Tropicana Golf & Country Resort (PJU 3), Damansara; Tropicana Indah (PJU 3), Damansara; Pelangi Damansara, Damansara; keseluruhan kawasan Bandar Utama (PJU 6), Petaling Jaya; keseluruhan Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh; keseluruhan Perindustrian Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh; Taman Seri Putra, Sungai Buloh; Taman Impian Indah, Sungai Buloh; Taman Matang Jaya, Sungai Buloh; Saujana Akasia, Sungai Buloh; Kampung Matang Pagar, Sungai Buloh; Seksyen 11, 12, 13, 14 dan 16; Seksyen 51A; Kampung Sungai Penchala/ Bukit Lanjan; keseluruhan TTDI; Mutiara Damansara (PJU 7); Damansara Perdana (PJU 8); Flora Damansara (PJU 8).

Maklumat Tambahan :
Para pengguna dinasihatkan agar menyimpan bekalan air secukupnya serta menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan tersebut. Pihak SYABAS berharap pengguna yang terlibat dengan gangguan sementara akan bersabar dan sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan lanjut; sila hubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (PUSPEL) menerusi talian bebas tol 1-800-88-5252 atau SMS; dengan menaip PUSPEL[jarak][aduan/pertanyaan], dan hantar ke 39222. Informasi ini juga boleh diperolehi dari laman web SYABAS di www.syabas.com.my; www.twitter.com/puspel dan ’facebook’ dengan menaip ‘puspel’ atau ‘puspel syabas’.

2 comments:

itangmanih said...

haah yong...umah kakak aku pun kena kt bdr tasik puteri tu...ex opismate kt INTAN pun sama...aduhaii..leceh kan...

Haliyan TSL said...

x jadi x de airnye.. hehehe.. sib baik rabu tu balik keje dah ada air..