Monday 18 April 2011

KANDA DINDA

LIRIK LAGU KANDA DINDA
by atilia & monolog

P) Oh Kekanda jangan irihati,
Dinda naik pangkat lagi..
(L) Oh Adinda, Kanda mana dengki,
malah Kanda support bini..

(P) Jadi Dinda mahu mengambil masa
(L) Tapi Kanda mahu segera,
(P) Dinda ingin berjaya dalam kerjaya,
(L) Tapi Kanda mahu cahaya mata,
(P) Dinda belum bersedia,
(L) Kanda dah beria ria,
(P) Jadi yg mana satu?
(P+L) Tak perlu bertengkar,
Tak perlu bermasam muka,

(L) Oh Adinda, tolong jangan lekas curiga,
lekas cemburu buta
(P) Oh Kekanda, Dinda perlu berhati hati,
tak rela dikongsi,

(L) Kanda kerja overtime, terlebih masa,
(P) Itu yg Dinda harus berwaspada,
(L) Ini semua demi masa depan keluarga,
(P) Dengan Dinda atau sebaliknya?
(L) Kanda kerja malam,
(P) Dinda kerja siang,
(L) Jadi bila nak bertemu?
(P+L)Tak perlu bertengkar,
Tak perlu bermasam muka,

(P) Oh adiwira, dewataku, mari ikut cara Dinda!
(L) Oh Tun Teja, intan permata, mari ikut cara Kanda!
(P+L) bagaimana? bagaimana kita nak selesaikannya?
apa keputusannya?

(P) Oh Kekanda mari Nyawa, kita cuba komunikasi!
(L) Oh Adinda mari Sayang, kita cuba toleransi!

(P+L) Walau kita janji sehidup semati, kita berlainan,
(L) Kanda polar kutub Utara,
(P) Dinda kutub Selatan
(P+L) komunikasi, sikap toleransi! itu yg kita perlu,
(P+L)Tak perlu bertengkar,
Tak perlu bermasam muka,

(L) Walau kita sering dgn cara masing2,
(P)Kanda yg Perdana,
(L) Dinda yg Utama,
(P)Kanda sgalaNya..
(L) Dindalah Nyawa,
(P+L) kita tetap bahagia bila bersama sama
bahagia bersama,
bersama slamanya,
bahagia slama- lamanya!

Aku rasa lirik lagu nie cam best je.. cuma aku n suami aku sorang di Timur sorang di Barat je... heheheh ... bila la agaknya akan bersedia tuk anak kedua lak...Just hope kami happy selamanye.. Memang banyak dugaan dan emosi yang terpaksa aku pendam.... Namun aku harap suatu hari nanti akan menjanjikan ketenangan dan kesenangan kepadaku di dunia dan akhirat.. Moga aku dapat bertahan dan bersabar dengan peraturan hidup yang telah ditentukan olehNya...

No comments: